Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 5

(a)

ruang lingkup perkhidmatan sejagat hendaklah dibentukkan dan ditentukan dengan jelas;

(b)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia untuk semua orang dalam Malaysia kecuali dalam keadaan geografi atau hal keadaan lain yang ditentukan oleh Menteri;

(c)

perkhidmatan sejagat hendaklah boleh diakses melalui tempat-tempat akses yang secukupnya bagi memenuhi keperluan semua pengguna;

(d)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia kepada semua pengguna di bawah terma dan syarat yang telus, objektif dan tidak mendikriminasikan;

(e)

keselamatan dan kerahsiaan barang pos hendaklah terpelihara;

(f)

perkhidmatan sejagat hendaklah ditawarkan secara kekal tanpa gangguan kecuali dalam hal-hal force majeure;

(g)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada standard kualiti munasabah; dan

(h)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada kadar mampu ke seluruh Malaysia.

(2)

Dalam memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat yang sewajarnya, Menteri boleh, dengan syor daripada Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan perkhidmatan sejagat bagi maksud subseksyen (1).

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Pemantauan dan pelaporan kepada Menteri