Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 6

(2)

Suruhanjaya hendaklah memantau dan melaporkan perkara-perkara yang berikut:

(a)

pentadbiran dan penguatkuasaan Akta ini;

(b)

keadaan persekitaran persaingan;

(c)

mutu perkhidmatan sejagat yang diberikan kepada para pengguna di seluruh Malaysia;

(d)

kecekapan dan mutu penyediaan perkhidmatan pos oleh pemegang-pemegang lesen;

(e)

kadar-kadar yang dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan pos;

(f)

apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau pengendalian

Akta ini; dan

(g)

perkara-perkara lain yang Menteri sifatkan perlu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Suruhanjaya menyerahkan laporan itu kepada

Menteri.

Perkhidmatan Pos 21