Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 71

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau menyimpan dalam jagaannya apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini.

Perkhidmatan Pos 55

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya, melalui notis bertulis, boleh mengarahkan seseorang–

(a)

untuk memberi Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat yang disebut dalam subseksyen (1);

(b)

untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

(c)

membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen

(1)

dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;

(d)

jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan

Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

(e)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan perbadanan itu untuk hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;

(f)

jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja dalam perkongsian itu untuk

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; atau

(g)

untuk membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2) dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

(4)

Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata bermaksud sedemikian, termasuklah suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

(5)

Mana-mana orang yang menolak atau tidak mematuhi arahan

Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu

Perkhidmatan Pos 57

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen

Section 71 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my