Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Suatu arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah selaras dengan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
(3)
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan arahan itu.
(4)
Setiap arahan hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Arahan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh yang kemudian yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu.
(6)
Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.
Pengubahan arahan