Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 82

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara disita menurut Akta ini, pegawai yang diberi kuasa yang membuat penggeledahan itu—

(a)

hendaklah menyediakan—

(i)

suatu senarai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai yang dibuat di bawah subperenggan (a)(i) dan notis bertulis mengenai penyitaan itu yang dibuat kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis itu.

(2)

Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai yang diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelucuthakan