Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa pelanggaran syarat-syarat suatu lesen yang diberikan, telah dilakukan dan bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah Akta ini, maka buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu hendaklah dianggap atau disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat terakhir seseorang yang daripadanya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer,
Perkhidmatan Pos 65
papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berhubungan dengan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu, melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
(4)
Seseorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu berada dalam milikannya bahawa dia menuntut buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu.
(5)
Apabila diterima suatu notis di bawah subseksyen (4),
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa hendaklah merujuk perkara itu kepada Majistret Kelas Pertama bagi keputusannya.
(6)
Majistret Kelas Pertama yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu dan orang yang daripadanya barangan itu disita untuk hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret Kelas Pertama itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
Kelas Pertama itu hendaklah memerintahkan supaya buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu dilucuthakkan, dan boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barangan itu.
(7)
Apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilucuthakkan atau disifatkan sebagai telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya atau seorang pegawai yang diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya dengan cara yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, dsb., yang disita