Malaysia legislation

Section 85

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 85

Perkhidmatan Pos 67

Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disimpan oleh pemegang lesen atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini; dan

(c)

membuat apa-apa inkuiri yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Section 85 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my