Malaysia legislation
Section 87
Seksyen 87
(2)
Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.
(4)
Pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Perkhidmatan Pos 69
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan