Malaysia legislation

Section 94

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 94

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan memberikan mana-mana pegawai yang diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai yang diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(c)

enggan untuk memberikan mana-mana pegawai yang diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta iniatau apa-apa maklumat lain yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya;

(d)

menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan atau menyebabkan untuk diselamatkan apa-apa benda yang telah disita; atau 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

(e)

memusnahkan apa-apa benda bagi mengelakkan penyitaan atau penyelamatan benda itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

Section 94 — POSTAL SERVICES ACT 2012 | mylaw.my