Malaysia legislation

Section 95

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 95

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

(2)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang Suruhanjaya fikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

Perkhidmatan Pos 73

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan