Malaysia legislation

Section 99

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 99

(1)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik mengenai semua perkara yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini, termasuklah—

(a)

apa-apa lesen yang diberikan oleh Menteri;

(b)

apa-apa syarat standard yang dinyatakan dalam lesen;

(c)

apa-apa pengenaan syarat tambahan yang dinyatakan dalam lesen;

(d)

apa-apa pengubahan atau pembatalan syarat yang dinyatakan dalam lesen;

(e)

apa-apa penggantungan atau pembatalan lesen;

(f)

apa-apa penyerahan balik lesen; dan

(g)

apa-apa kelulusan bertulis daripada

Menteri bagi pemindahan hak milik lesen.

(2)

Seseorang boleh, dengan pembayaran fi yang ditetapkan—

(a)

memeriksa daftar itu; dan

(b)

membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.

(3)

Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam bentuk elektronik, Suruhanjaya boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—

(a)

dengan menggunakan peranti pemprosesan data; atau

(b)

melalui penghantaran elektronik.

Perkhidmatan Pos 77

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan