Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Pendaftar bagi penempahan sesuatu nama sebagai—
(2)
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad menukarkan namanya di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah—
(a)
memasukkan nama baru itu ke dalam daftar untuk menggantikan nama terdahulu; dan
(b)
mengeluarkan suatu notis pengesahan bagi pertukaran nama itu.
(3)
Pertukaran nama di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pengesahan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b).
(4)
Suatu pertukaran nama perkongsian liabiliti terhad di bawah
Akta ini tidak akan—
(a)
menjejaskan apa-apa hak atau obligasi perkongsian liabiliti terhad itu; atau
(b)
mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad itu.
(5)
Apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan terhadap perkongsian liabiliti terhad itu dengan nama terdahulunya boleh diteruskan atau dimulakan terhadap perkongsian liabiliti terhad itu dengan nama baharunya.
Kuasa Pendaftar untuk menghendaki pertukaran nama