Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Perkongsian Liabiliti Terhad 21
(2)
Jika suatu arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah mematuhi arahan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
(3)
Mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pendaftaran perubahan butir-butir