Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Suatu perkongsian liabiliti terhad boleh menukarkan alamat pejabat berdaftarnya dari semasa ke semasa dengan menyerah simpan suatu notis pertukaran dengan Pendaftar mengikut seksyen 17.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), sehingga berakhirnya tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh pertukaran alamat bagi perkongsian liabiliti terhad itu didaftarkan, seseorang boleh menyampaikan apa-apa dokumen secara sah kepada perkongsian liabiliti terhad itu di pejabat berdaftarnya yang terdahulu.
(4)
Suatu perkongsian liabiliti terhad dan pekongsinya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Daftar dan dokumen hendaklah disimpan di pejabat berdaftar