Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 19

(a)

notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 11(1)(b);

(b)

suatu daftar bagi nama dan alamat setiap pekongsi dan pegawai pematuhan;

(c)

suatu salinan perakuan tahunan yang terkini;

(d)

suatu salinan apa-apa penyata yang diserah simpan dengan

Pendaftar di bawah Akta ini;

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

(e)

suatu salinan apa-apa perakuan, jika ada, yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini;

(f)

suatu salinan perjanjian perkongsian liabiliti terhad dan apa-apa pindaan kepada perjanjian itu;

(g)

suatu salinan apa-apa instrumen yang berhubungan dengan apa-apa gadaian yang dibuat oleh perkongsian liabiliti terhad itu; dan

(h)

apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Pendaftar, dari semasa ke semasa, untuk disimpan.

(2)

Dokumen yang disimpan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan dan penyalinan semasa waktu perniagaan biasa atas permintaan seorang pekongsi.

(3)

Suatu perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Penyiaran nama