Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Seseorang pekongsi tidak bertanggungan sendiri, secara langsung atau tidak langsung, melalui tanggungan rugi, sumbangan, penaksiran atau selainnya, bagi obligasi yang disebut dalam subseksyen (1) semata-mata atas sebab menjadi seorang pekongsi bagi perkongsian liabiliti terhad itu.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidak menjejaskan liabiliti diri seseorang pekongsi dalam tort bagi perbuatan salah laku atau peninggalannya sendiri, tetapi seseorang pekongsi tidak boleh bertanggungan sendiri bagi perbuatan salah laku atau peninggalan mana-mana pekongsi lain bagi perkongsian liabiliti terhad itu.
(4)
Jika seseorang pekongsi suatu perkongsian liabiliti terhad
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
bertanggungan ke atas mana-mana orang, selain seorang pekongsi lain perkongsian liabiliti terhad itu, akibat perbuatan salah laku atau peninggalan pekongsi itu dalam menjalankan perniagaan perkongsian liabiliti terhad itu atau dengan kuasanya, perkongsian liabiliti terhad itu adalah bertanggungan ke takat yang sama seperti pekongsi itu.
(5)
Liabiliti perkongsian liabiliti terhad hendaklah dibayar daripada harta perkongsian liabiliti terhad itu.
Liabiliti pekongsi apabila perkongsian liabiliti terhad tidak solven