Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
apabila perkongsian liabiliti terhad itu tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad itu tidak solven; atau
(b)
yang mengakibatkan perkongsian liabiliti terhad itu menjadi tidak solven dan mengetahui atau sepatutnya mengetahui pada masa pembahagian itu bahawa perkongsian liabiliti terhad itu akan menjadi tidak solven akibat pembahagian itu, hendaklah bertanggungan sendiri ke atas perkongsian liabiliti terhad itu bagi amaun atau nilai pembahagian itu jika pembahagian itu diterima dalam tempoh dua tahun sebelum permulaan penggulungan perkongsian liabiliti terhad itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
suatu perkongsian liabiliti terhad adalah tidak solven jika perkongsian liabiliti terhad itu, pada masa itu, tidak berupaya untuk membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; dan
(b)
seseorang pekongsi atau bekas pekongsi hendaklah disifatkan telah menerima suatu pembahagian jika
Perkongsian Liabiliti Terhad 27
pembahagian itu diterima oleh pemegang serah hak atau penama pekongsi atau bekas pekongsi itu.
Kuasa pekongsi untuk mengikat perkongsian liabiliti terhad