Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
kebankrapannya tidak akan dengan sendirinya menyebabkan pekongsi itu terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;
(b)
Ketua Pengarah Insolvensi atau pemegang amanah estet pekongsi bankrap itu berhak untuk menerima pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad itu yang pekongsi bankrap itu berhak untuk menerima di bawah perjanjian perkongsian liabiliti terhad; dan
(c)
pekongsi bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi atau pemegang amanah estet bagi pekongsi bankrap itu tidak boleh campur tangan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad itu.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(c), seseorang pekongsi bankrap boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian liabiliti
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
terhad itu—
(a)
dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi; atau
(b)
dengan kebenaran Mahkamah dengan syarat bahawa suatu notis tentang niat untuk memohon kebenaran telah disampaikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan
Ketua Pengarah Insolvensi didengar pada permohonan itu.
(3)
Seseorang pekongsi bankrap yang dihukum bankrap di luar
Malaysia tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad melainkan jika kebenaran telah diperoleh daripada Mahkamah.
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perenggan (1)(c) atau subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyerahhakan kepentingan