Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia; dan
(b)
kebiasaannya tinggal di Malaysia.
(2)
Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad hendaklah memastikan bahawa butir-butir bagi tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pegawai pematuhan bagi perkongsian liabiliti terhad itu dan persetujuannya untuk bertindak sedemikian diserah simpan dengan
Pendaftar.
(3)
Pegawai pematuhan hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang niatnya untuk mengosongkan jawatan kepada perkongsian liabiliti terhad itu.
(4)
Apabila notis di bawah subseksyen (3) diberikan, pegawai pematuhan boleh menyerah simpan notis tentang niatnya untuk mengosongkan jawatan dengan Pendaftar.
(5)
Jika pegawai pematuhan telah menyerah simpan notis kepada
Pendaftar di bawah subseksyen (4), pegawai pematuhan itu hendaklah terhenti menjadi pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad itu apabila habis tempoh satu bulan dari tarikh penyerahsimpanan notis itu.
(6)
Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika tiada pegawai pematuhan dilantik maka kesemua pekongsi hendaklah disifatkan sebagai pegawai pematuhan bagi perkongsian liabiliti terhad itu.
(7)
Seseorang pegawai pematuhan hendaklah—
(a)
bertanggungjawab terhadap pelakuan bagi semua
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
perbuatan, perkara dan benda yang dikehendaki untuk dilakukan oleh perkongsian liabiliti terhad itu di bawah seksyen 17, 19 dan 20; dan
(b)
bertanggungan sendiri terhadap semua penalti termasuk penalti pentadbiran yang dikenakan ke atas perkongsian liabiliti terhad itu bagi apa-apa pelanggaran terhadap seksyen-seksyen itu melainkan jika pegawai pematuhan itu memuaskan hati mahkamah yang mendengar perkara itu bahawa dia tidak sepatutnya bertanggungan sedemikian.
(8)
Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad mempunyai lebih daripada seorang pegawai pematuhan—
(a)
apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dilakukan oleh pegawai pematuhan itu boleh dilakukan oleh salah seorang daripada pegawai pematuhan itu; dan
(b)
apa-apa jua yang menjadi suatu kesalahan oleh pegawai pematuhan itu di bawah Akta ini menjadi suatu kesalahan oleh setiap pegawai pematuhan itu.
Kehilangan kelayakan untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan