Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

“amalan profesional” ertinya amalan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama yang ditadbir oleh undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama, masing-masing;

“daftar” ertinya apa-apa daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Keterangan 1950 [Akta 56];

“harta”, berhubung dengan suatu perkongsian liabiliti terhad, termasuk tanah, wang, barangan, hak dalam tindakan, nama baik, dan tiap-tiap benda berharga, sama ada zahir atau tak zahir, alih atau tak alih, dan sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain dan termasuk juga obligasi, servitud, dan tiap-tiap perihalan estet, kepentingan dan keuntungan, pada masa sekarang atau hadapan, terletak hak atau kontingen, yang timbul atau bersampingan dengan harta itu;

“Ketua Pengarah Insolvensi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Insolvensi 1967 [Akta 360];

“Ketua Pengarah Kastam dan Eksais” ertinya Ketua Pengarah

Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri;

“pekongsi”, berhubung dengan suatu perkongsian liabiliti terhad, ertinya mana-mana orang yang diterima masuk sebagai seorang



*CATATAN―Dahulunya dikenali sebagai “Akta Kebankrapan 1967”―lihat seksyen 5 Akta A1534.

Perkongsian Liabiliti Terhad 11

pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad itu mengikut perjanjian perkongsian liabiliti terhad, dan termasuk pekongsi bergaji sama ada pekongsi itu merupakan seorang pekerja perkongsian liabiliti terhad itu atau tidak;

“pelikuidasi yang diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan termasuk Ketua

Pengarah Insolvensi apabila bertindak sebagai pelikuidasi bagi sesuatu perkongsian liabiliti terhad;

“pembahagian” ertinya pembahagian dividen, keuntungan, pemulangan atau pembayaran balik modal oleh perkongsian liabiliti terhad, sama ada dalam bentuk tunai atau barang-barang;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A (1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

[Akta 614];

“perakuan tahunan” ertinya suatu perakuan yang dikehendaki untuk diserah simpan oleh perkongsian liabiliti terhad di bawah seksyen 68;

“perjanjian perkongsian liabiliti terhad”, berhubung dengan suatu perkongsian liabiliti terhad, ertinya suatu perjanjian bertulis antara pekongsi-pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau antara perkongsian liabiliti terhad itu dengan pekongsi-pekongsinya yang menentukan hak dan kewajipan bersama pekongsi sesama mereka dan hak dan kewajipan mereka berhubung dengan perkongsian liabiliti terhad itu;

“perkongsian konvensional” ertinya suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]

dan suatu perkongsian yang ditubuhkan oleh dua orang atau lebih bagi maksud menjalankan apa-apa amalan profesional;



*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah seksyen 11 atau suatu perkongsian liabiliti terhad asing yang didaftarkan di bawah seksyen 45;

“pertubuhan perbadanan”

ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau wujud di

Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuk mana-mana syarikat asing, perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing yang didaftarkan di bawah Akta ini tetapi tidak termasuk—

(a)

mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di

Malaysia dan yang melalui notis Menteri yang disiarkan dalam Warta diisytiharkan sebagai suatu pihak berkuasa awam atau suatu perantaraan atau agensi bagi Kerajaan

Malaysia atau bagi mana-mana Negeri atau menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan bukan bagi maksud komersial;

(b)

mana-mana perbadanan seorang;

(c)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertubuhan koperasi; dan

(d)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

[Akta 614];

“syarikat persendirian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Syarikat 1965;

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa akaun untung dan rugi bagi perkongsian liabiliti terhad dibuat, sama ada tempoh itu ialah satu tahun atau tidak.



*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.

Perkongsian Liabiliti Terhad 13