Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
suatu pernyataan yang ditandatangani oleh semua pekongsinya dalam perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar yang mengandungi butir-butir yang berikut:
(i)
nama dan nombor pendaftaran perkongsian konvensional itu, jika berkenaan;
(ii)
tarikh perkongsian konvensional itu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
(iii)
bahawa pada tarikh permohonan, perkongsian konvensional itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; dan
(b)
suatu pernyataan dan surat kelulusan yang disebut dalam subseksyen 10(2) dan (3), masing-masing.
(2)
Suatu syarikat persendirian boleh memohon untuk bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad dengan menyerah simpan dengan
Pendaftar—
(a)
suatu pernyataan yang ditandatangani oleh semua pemegang syernya dalam perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar yang mengandungi butir-butir yang berikut:
(i)
nama dan nombor pendaftaran syarikat persendirian itu;
Perkongsian Liabiliti Terhad 35
(ii)
tarikh syarikat persendirian itu diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965;
(iii)
bahawa pada tarikh permohonan, syarikat persendirian itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
(iv)
bahawa pada tarikh permohonan, semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa amaun yang terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah dijelaskan;
(v)
bahawa syarikat persendirian itu telah menyiarkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan suatu pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad;
dan
(vi)
bahawa semua pemiutangnya telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad; dan
(b)
suatu pernyataan yang disebut dalam subseksyen 10(2).
(3)
Pendaftar boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
Pendaftaran penukaran