Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(a)
hendaklah wujud suatu perkongsian liabiliti terhad dengan nama yang dinyatakan dalam notis pendaftaran, dengan semua sifat yang diperihalkan dalam Bahagian II
Akta ini dan terakluk pada peruntukan Akta ini;
(b)
semua harta yang terletak hak pada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian, semua kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu, dan keseluruhan perusahaan perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipindahkan hakmilik dan terletak hak pada perkongsian liabiliti terhad itu tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan lanjut;
(c)
perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu hendaklah disifatkan sebagai dibubarkan; dan
(d)
perkongsian konvensional itu, jika didaftarkan di bawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, hendaklah dikeluarkan daripada daftar perniagaan yang disenggarakan di bawah
Akta itu, dan syarikat persendirian itu hendaklah dikeluarkan daripada daftar perniagaan yang
Perkongsian Liabiliti Terhad 37
disenggarakan di bawah *Akta Syarikat 1965.
(2)
Jika mana-mana harta yang baginya perenggan (1)(b) terpakai didaftarkan dengan suatu pihak berkuasa yang berkenaan, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tarikh pendaftaran, mengambil semua langkah perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu untuk memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan itu tentang penukaran dan butir-butir perkongsian liabiliti terhad itu dalam apa-apa perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
(3)
Dalam Bahagian ini, “tarikh pendaftaran” ertinya tarikh yang dinyatakan dalam notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(1).
Prosiding yang belum selesai