Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 36

Perjanjian sedia ada

Tiap-tiap perjanjian yang baginya perkongsian konvensional atau syarikat persendirian ialah suatu pihak sebaik sebelum tarikh pendaftaran, sama ada atau tidak bersifat sedemikian rupa sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan, hendaklah berkuat kuasa dari hari itu seolah-olah—

(a)

perkongsian liabiliti terhad itu ialah suatu pihak kepada perjanjian sedemikian dan bukannya perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu; dan

(b)

bagi apa-apa sebutan mengenai perkongsian konvensional atau syarikat persendirian, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digantikan dengan sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad itu berkenaan dengan apa-apa jua yang hendak dilakukan pada atau selepas tarikh pendaftaran.

Kontrak sedia ada, dsb.