Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 3

(1)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad merupakan suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan daripada pekongsinya.

(2)

Suatu perkongsian liabiliti terhad adalah kekal turun temurun.

(3)

Apa-apa perubahan dalam pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad tidak akan menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti perkongsian liabiliti terhad itu.

(4)

Suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah mempunyai keupayaan yang tidak terhad dan berupaya untuk—

(a)

membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya;

(b)

memperoleh, memiliki, memegang dan membangunkan atau melupuskan harta; dan

(c)

melakukan dan menanggung apa-apa perbuatan dan benda lain yang boleh dilakukan dan ditanggung dengan sah oleh pertubuhan perbadanan.

Ketidakpakaian undang-undang perkongsian