Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia; dan
(b)
kebiasaannya tinggal di Malaysia.
(2)
Suatu perkongsian liabiliti terhad asing hendaklah memastikan bahawa butir-butir bagi tiap-tiap orang yang bertindak sebagai pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad asing itu dan persetujuannya untuk bertindak sedemikian diserah simpan dengan
Pendaftar.
(3)
Pegawai pematuhan hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang niatnya untuk mengosongkan jawatan kepada perkongsian liabiliti terhad asing itu.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.
Perkongsian Liabiliti Terhad 43
(4)
Apabila notis di bawah subseksyen (3) diberikan, pegawai pematuhan itu boleh menyerah simpan suatu notis tentang niatnya untuk mengosongkan jawatan dengan Pendaftar.
(5)
Jika pegawai pematuhan telah menyerah simpan notis di bawah subseksyen (4), pegawai pematuhan itu hendaklah terhenti menjadi pegawai pematuhan bagi perkongsian liabiliti terhad asing itu apabila habis tempoh satu bulan dari tarikh penyerahsimpanan notis itu.
(6)
Suatu perkongsian liabiliti terhad asing dan tiap-tiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad asing itu yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(7)
Suatu perkongsian liabiliti terhad asing hendaklah mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua komunikasi dan notis boleh dialamatkan.
(8)
Sebagai tambahan kepada kehendak di bawah seksyen 19, perkongsian liabiliti terhad asing itu hendaklah menyimpan di pejabat berdaftar dokumen yang berikut:
(a)
suatu salinan terperaku perakuan pendaftaran atau apa-apa dokumen serupa yang lain di tempat pemerbadanannya, penubuhannya atau tempat asalnya; dan
(b)
suatu salinan terperaku piagamnya atau instrumen yang menetapkan perlembagaannya, jika ada.
(9)
Sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 68(1) secara tahunan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pendaftarannya di bawah Akta ini atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan oleh Pendaftar atas permohonan.
(10)
Sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing yang tidak mematuhi subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pemberhentian perniagaan di Malaysia