Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 47

(2)

Pemberhentian perniagaan itu hendaklah berkuat kuasa apabila notis di bawah subseksyen (1) diserah simpan.

(3)

Pada dan dari tarikh penyerahsimpanan notis di bawah subseksyen (1), obligasi perkongsian liabiliti terhad asing itu untuk menyerah simpan apa-apa dokumen dengan Pendaftar hendaklah terhenti kecuali apa-apa dokumen yang sepatutnya telah diserah simpan sebelum tarikh itu.

(4)

Pendaftar hendaklah hanya mengeluarkan nama perkongsian liabiliti terhad asing itu daripada daftar apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh penyerahsimpanan notis di bawah subseksyen (1).

Pelikuidasian atau pembubaran perkongsian liabiliti terhad asing di tempat pemerbadanan, penubuhan atau tempat asal