Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 50

(2)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad telah terhenti beroperasi dan telah menunaikan semua hutang dan liabilitinya, seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu boleh, selepas memberikan notis mengikut subseksyen (4), memohon secara bertulis kepada Pendaftar bagi suatu perisytiharan pembubaran perkongsian liabiliti terhad itu.

(3)

Sesuatu permohonan bagi perisytiharan pembubaran hendaklah dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran atau pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (4), mengikut mana-mana yang terkemudian, dan hendaklah disertai dengan—

(a)

suatu akuan berkanun yang dibuat oleh salah seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu yang menyatakan—

(i)

bahawa perkongsian liabiliti terhad itu telah terhenti beroperasi dan telah menunaikan semua hutang dan liabilitinya, selain hutang dan liabiliti yang terhutang kepada pekongsi-pekongsinya; dan

(ii)

bahawa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (4)

telah diberikan mengikut subseksyen itu;

(b)

suatu salinan notis yang diberikan di bawah subseksyen (4);

dan

(c)

suatu notis bertulis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan bahawa ia tiada bantahan terhadap

Pendaftar untuk membuat perisytiharan pembubaran bagi perkongsian liabiliti terhad itu.

(4)

Sebelum membuat permohonan kepada Pendaftar di bawah

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

seksyen ini, pemohon hendaklah memastikan bahawa suatu notis yang membawa maksud bahawa pemohon itu bercadang untuk memohon kepada Pendaftar bagi suatu perisytiharan pembubaran perkongsian liabiliti terhad—

(a)

telah disiar dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar

Malaysia yang diedarkan secara meluas dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar Malaysia yang diedarkan secara meluas dalam bahasa Inggeris; dan

(b)

telah dihantar melalui surat berdaftar kepada setiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu di alamat terakhir pekongsi itu yang diketahui.

(5)

Seorang pekongsi atau pemiutang boleh membuat bantahan bertulis terhadap cadangan pembubaran perkongsian liabiliti terhad kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu disiarkan atau diposkan, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(6)

Apabila suatu bantahan bertulis terhadap pembubaran perkongsian liabiliti terhad di bawah subseksyen (5) diterima,

Pendaftar hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon bagi perisytiharan pembubaran itu tentang penerimaan bantahan itu dan identiti pembantah.

(7)

Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, mengisytiharkan bahawa perkongsian liabiliti terhad itu dibubarkan jika—

(a)

tiada bantahan diterima di bawah subseksyen (5);

(b)

pekongsi atau pemiutang, mengikut mana-mana yang berkenaan, menarik balik bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (5); atau

(c)

Pendaftar memutuskan bahawa bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (5) itu tiada justifikasi.

(8)

Apabila pembubaran perkongsian liabiliti terhad di bawah subseksyen (7) diisytiharkan, Pendaftar hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu bahawa, tertakluk pada perjanjian perkongsian liabiliti terhad, ia berhak untuk membahagikan aset lebihannya dalam kalangan pekongsinya mengikut hak dan

Perkongsian Liabiliti Terhad 51

kepentingan mereka masing-masing.

(9)

Perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberitahu

Pendaftar bahawa aset lebihannya telah dibahagikan mengikut subseksyen (8) dalam masa empat belas hari selepas pembahagian itu diselesaikan.

(10)

Perisytiharan pembubaran di bawah subseskyen (7) hendaklah hanya berkuat kuasa apabila pemberitahuan yang disebut di bawah subseksyen (9) diterima oleh Pendaftar.

(11)

Walau apa pun perisytiharan pembubaran di bawah subseksyen

(7)

dan pembahagian aset di bawah subseksyen (8), liabiliti perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah berterusan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah perkongsian liabiliti terhad itu tidak dibubarkan.

Kuasa Pendaftar untuk memotong perkongsian liabiliti terhad daripada daftar