Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(a)
perkongsian liabiliti terhad itu belum menunaikan semua hutang dan liabilitinya; atau
(b)
adalah adil dan munasabah bagi pembubaran perkongsian liabiliti terhad itu dibatalkan.
(2)
Jika Mahkamah berpuas hati dengan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran perkongsian liabiliti terhad itu dibatalkan dan apabila salinan dimeterai perintah itu diserahkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah disifatkan terus wujud seolah-olah ia tidak dibubarkan.
(3)
Mahkamah boleh, melalui perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), memberi apa-apa arahan dan membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya adil untuk meletakkan perkongsian liabiliti terhad itu dan semua orang lain yang terjejas oleh pembubaran itu pada kedudukan yang sama seberapa hampir yang boleh seolah-olah perkongsian liabiliti terhad itu tidak dibubarkan.
Kuasa Pendaftar untuk mewakili perkongsian liabiliti terhad yang dibubarkan dalam hal keadaan tertentu