Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 68

(a)

didapati setakat tarikh itu boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan; atau

(b)

didapati setakat tarikh itu tidak boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan.

(2)

Perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserah simpan secara tahunan dalam masa sembilan puluh hari dari berakhirnya tahun kewangan perkongsian liabiliti terhad itu.

(3)

Dalam hal perakuan tahunan yang pertama, perakuan itu hendaklah diserah simpan tidak lewat daripada lapan belas bulan dari tarikh pendaftaran perkongsian liabiliti terhad itu.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

(4)

Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), Pendaftar boleh, apabila dipohon oleh suatu perkongsian liabiliti terhad dan jika difikirkan wajar oleh Pendaftar, memberi suatu lanjutan masa bagi penyerah simpanan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1).

(5)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad tidak menyerah simpan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh masa atau lanjutan masa yang disebut dalam subseksyen (2), (3) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan, perkongsian liabiliti terhad itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

(6)

Mana-mana orang yang membuat perakuan yang disebut dalam perenggan (1)(a) tanpa mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapatnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana orang yang, berkaitan dengan suatu perakuan yang dibuat di bawah seksyen ini, membuat suatu pernyataan atau memberi maklumat, sama ada secara langsung atau tidak langsung yang palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material, apabila dia mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa pernyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(8)

Jika kesalahan di bawah subseksyen (5), (6) atau (7) dilakukan dengan niat untuk memfraud pemiutang perkongsian liabiliti terhad itu atau bagi maksud fraud, orang itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Rekod perakaunan dan rekod lain hendaklah disimpan

Section 68 — LIMITED LIABILITY PARTNERSHIPS ACT 2012