Malaysia legislation

Section 69

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 69

(2)

Perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain yang disebut dalam subseksyen (1) bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari berakhirnya tahun kewangan yang dalamnya transaksi atau operasi yang rekod adalah berhubungan dengannya itu diselesaikan.

(3)

Rekod perakaunan dan rekod lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar atau mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh pekongsi dengan syarat bahawa Pendaftar diberitahu dengan sewajarnya tentang tempat lain itu dan rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah pada setiap masa dibuka untuk pemeriksaan oleh pekongsi-pekongsi.

(4)

Pendaftar boleh, dengan notis bertulis kepada perkongsian liabiliti terhad atau mana-mana pekongsinya, menghendaki perkongsian liabiliti terhad itu atau pekongsi itu untuk mengemukakan rekod perakaunan dan rekod lain yang disebut dalam subseksyen (1)

untuk pemeriksaannya dalam masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

(5)

Tertakluk pada perjanjian perkongsian liabiliti terhad, akaun bagi suatu perkongsian liabiliti terhad tidak dikehendaki untuk diaudit.

(6)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad tidak mematuhi subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad itu dan tiap-tiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(7)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad tidak mematuhi subseksyen (2) atau (3), perkongsian liabliti terhad itu dan tiap-tiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu melakukan suatu kesalahan

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Daftar