Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 6

Penubuhan perkongsian liabiliti terhad

Tertakluk pada seksyen 7 dan 8, mana-mana dua orang atau lebih, yang terdiri daripada, keseluruhannya atau sebahagiannya, orang perseorangan atau pertubuhan perbadanan, yang bersekutu untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang sah dengan tujuan mendapatkan keuntungan boleh menubuhkan suatu perkongsian liabiliti terhad mengikut terma-terma perjanjian perkongsian liabiliti terhad itu.