Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
(a)
telah ditinggalkan;
(b)
tidak betul; atau
(c)
telah dimasukkan dengan silap, boleh memohon kepada Pendaftar bagi pembetulan daftar itu.
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Pendaftar boleh menghendaki pemohon itu untuk mengemukakan
Perkongsian Liabiliti Terhad 59
apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa maklumat kepada
Pendaftar yang difikirkan perlu oleh Pendaftar untuk membentuk suatu pendapat sama ada daftar itu hendaklah dibetulkan atau tidak.
(3)
Pendaftar boleh menghendaki orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) untuk memberikan notis tentang permohonan itu kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan oleh
Pendaftar, yang merupakan seorang yang didapati oleh Pendaftar ada kena mengena atau mempunyai kepentingan dalam perniagaan itu.
(4)
Pendaftar boleh, tanpa suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), membetulkan daftar jika, pada pandangannya, suatu catatan–
(a)
telah ditinggalkan;
(b)
tidak betul; atau
(c)
telah dimasukkan dengan silap.
(5)
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh menolak apa-apa permohonan jika kesilapan, kekhilafan atau peninggalan itu tidak berbangkit dalam perjalanan biasa Pendaftar menunaikan kewajipan
Pendaftar.
(6)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pendaftar untuk membetulkan butir-butir perniagaannya dalam daftar boleh merayu dalam masa tiga puluh hari dari keputusan Pendaftar itu ke mahkamah yang boleh menentukan perkara itu.
(7)
Apabila rayuan di bawah subseksyen (6) dibuat, mahkamah boleh—
(a)
menolak permohonan itu; atau
(b)
memerintahkan daftar itu dibetulkan dengan membuat suatu catatan, pengubahan atau pemotongan dalamnya.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
(8)
Apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan notis bagi perintah itu disampaikan kepada
Pendaftar mengikut cara yang ditentukan oleh mahkamah dan
Pendaftar hendaklah, apabila menerima notis itu, membetulkan daftar itu dengan sewajarnya.
(9)
Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, jika seseorang mendapati bahawa mana-mana butir yang direkodkan dalam daftar mengandungi perkara yang palsu, fraud atau mengelirukan, orang itu boleh memohon kepada mahkamah dan mahkamah boleh, akibat daripada keterangan yang dikemukakan di hadapannya, memerintahkan Pendaftar untuk membetulkan daftar itu mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu dan Pendaftar, apabila menerima perintah itu, hendaklah membetulkan daftar itu dengan sewajarnya.
Penyerahsimpanan semula dokumen berdaftar yang hilang