Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(2)
Sesuatu dokumen yang diserah simpan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi penyerahsimpanan jika dokumen itu dihubungkan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar.
(3)
Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya dicapkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu diserah simpan secara elektronik, diperakukan sebagai salinan yang benar atau ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Pendaftar.
(4)
Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan secara elektronik dengan Pendaftar, atau yang dibekalkan atau dikeluarkan oleh Pendaftar, di bawah subseksyen (1)
dan diperakukan sebagai salinan yang benar, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding.
(5)
Jika sesuatu dokumen diserah simpan secara elektronik dengan
Pendaftar, Pendaftar atau ejen yang diberi kuasanya tidak bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan daripada apa-apa jua sifat atau walau bagaimanapun berbangkit yang didapati dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) jika kesilapan atau peninggalan itu telah dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian kewajipan Pendaftar atau ejennya yang diberi kuasa atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau pemberhentian perkhidmatan atau kerosakan peralatan yang digunakan bagi memberikan perkhidmatan itu.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
Pengeluaran dokumen secara elektronik