Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Menjalankan perniagaan dengan kurang daripada pekongsi minimum
(1)
Suatu perkongsian liabiliti terhad boleh menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua orang pekongsi bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar apabila dipohon oleh pekongsi yang tinggal, dengan syarat bahawa tempoh yang dilanjutkan oleh Pendaftar itu tidak melebihi satu tahun.
(2)
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua orang pekongsi bagi suatu tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang hendaklah, walau apa pun subseksyen 21(1) dan (2), bertanggungan sendiri, bersesama dan berasingan dengan perkongsian liabiliti terhad itu, bagi apa-apa obligasi perkongsian liabiliti terhad itu yang ditanggung selama tempoh perkongsian liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan sedemikian selepas tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) jika, pada masa obligasi itu ditanggung, orang itu—
(a)
merupakan seorang pekongsi bagi perkongsian liabiliti terhad itu; dan
(b)
mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perkongsian liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua orang pekongsi bagi tempoh
Perkongsian Liabiliti Terhad 15
yang lebih lama daripada tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua orang pekongsi bagi suatu tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang disebut dalam subseksyen (1)—
(a)
perkongsian liabiliti terhad itu; dan
(b)
orang yang merupakan pekongsi selama tempoh yang perkongsian liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan sedemikian selepas tempoh yang disebut dalam subseksyen
(1)
dan mengetahui hakikat bahawa perkongsian liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan dengan kurang daripada dua orang pekongsi selama tempoh itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
(4)
Apabila perkongsian liabiliti terhad disabitkan di bawah subseksyen (3), mahkamah boleh memerintahkan perkongsian liabiliti terhad itu dibubarkan dan namanya dipotong daripada daftar.
Perkongsian bagi amalan profesional