Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PINGAT TENTERA UDARA (ELAUN KENANGAN) 2012

Seksyen 5

Jika Bintang Kehormatan dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak sepuluh ribu ringgit hanya sekali—

(a)

kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Bintang Kehormatan itu;

(b)

sekiranya pada tarikh penganugerahan Bintang Kehormatan itu tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu;

atau

(c)

sekiranya pada tarikh penganugerahan Bintang Kehormatan itu tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu.

Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan)

9

Perdana Menteri hendaklah mengagihkan amaun yang akan dibayar