Malaysia legislation
Section 12
Section 12
Pengantaraan hendaklah berakhir—
(a)
apabila perjanjian penyelesaian ditandatangani oleh pihak-pihak di bawah seksyen 13;
(b)
apabila pengantara mengeluarkan suatu akuan bertulis kepada pihak-pihak yang menyatakan bahawa usaha selanjutnya melalui pengantaraan tidak akan menyumbang kepada penyelesaian yang memuaskan bagi pertikaian itu;
(c)
apabila pihak-pihak mengeluarkan suatu akuan bertulis kepada pengantara yang menyatakan bahawa pengantaraan itu ditamatkan; atau
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 749
(d)
melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh perjanjian pengantaraan yang disebut dalam seksyen 6—
(i)
apabila suatu pihak mengeluarkan suatu akuan bertulis kepada pihak yang satu lagi dan pengantara yang menyatakan bahawa pengantaraan itu ditamatkan;
(ii)
apabila mana-mana pihak menarik diri daripada pengantaraan itu; atau
(iii)
apabila mana-mana pihak mati atau tidak berkeupayaan.
Perjanjian penyelesaian