Malaysia legislation
Section 15
Section 15
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), komunikasi pengantaraan boleh dizahirkan jika—
(a)
penzahiran itu dibuat dengan persetujuan pihak-pihak;
(b)
penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang memberikan komunikasi pengantaraan itu;
(c)
penzahiran itu dikehendaki di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(d)
penzahiran itu dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain bagi maksud pelaksanaan atau penguatkuasaan sesuatu perjanjian penyelesaian.
Perlindungan