Malaysia legislation
Section 3
Section 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bukan pihak” ertinya seseorang yang menyertai pengantaraan, selain seseorang pihak atau pengantara, dan termasuklah peguam setiap pihak, pakar dalam hal perkara sesuatu pertikaian dan saksi;
“institusi” ertinya sesuatu badan atau organisasi yang mengadakan khidmat pengantaraan;
“komunikasi pengantaraan” ertinya suatu pernyataan lisan atau bertulis yang dibuat—
(a)
semasa pengantaraan;
(b)
berhubung dengan pengantaraan; atau
(c)
bagi maksud mempertimbangkan, menjalankan, menyertai, memulakan, meneruskan, mengadakan semula atau mengakhiri pengantaraan atau mengambil khidmat pengantara;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang;
“pengantara” ertinya pengantara yang dilantik oleh pihak-pihak di bawah seksyen 7;
“pengantaraan” ertinya suatu proses secara sukarela apabila seseorang pengantara memudahkan komunikasi dan perundingan antara pihak-pihak bagi membantu pihak-pihak itu untuk mencapai persetujuan berkenaan dengan sesuatu pertikaian;
Pengantaraan 7
“perjanjian pengantaraan” ertinya perjanjian yang disebut dalam seksyen 6;
“perjanjian penyelesaian” ertinya perjanjian yang disebut dalam seksyen 13;
“pihak” ertinya suatu pihak kepada perjanjian pengantaraan dan termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
“prosiding” ertinya apa-apa prosiding daripada jenis sivil dan termasuklah permohonan pada mana-mana peringkat prosiding.
Pengantaraan tidak menghalang tindakan mahkamah, timbang tara, dsb.