Malaysia legislation

Section 7

of MEDIATION ACT 2012

Section 7

(2)

Pengantara yang dilantik di bawah Bahagian ini hendaklah—

(a)

memiliki kelayakan, pengetahuan khas atau pengalaman yang berkaitan dalam pengantaraan melalui latihan atau pendidikan tinggi formal; atau

Pengantaraan 9

(b)

memenuhi kehendak sesuatu institusi berhubung dengan seseorang pengantara.

(3)

Pihak-pihak boleh meminta bantuan daripada institusi untuk melantik seorang pengantara atau beberapa orang pengantara bagi pihak mereka.

(4)

Pelantikan seseorang pengantara di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat melalui perjanjian pengantaraan di bawah seksyen 6 dan hendaklah ada seorang pengantara bagi sesuatu pengantaraan melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak.

(5)

Jika ada lebih daripada seorang pengantara, pengantara-pengantara itu hendaklah bertindak bersesama dalam pengantaraan itu.

(6)

Tiada pelantikan mana-mana pengantara adalah sah kecuali dengan persetujuan bertulis pengantara terlebih dahulu.

(7)

Pengantara yang dilantik di bawah Bahagian ini hendaklah menzahirkan, sebelum menerima pelantikannya, apa-apa fakta yang diketahui yang seseorang yang munasabah akan memikirkan berkemungkinan menjejaskan kesaksamaannya sebagai pengantara, termasuklah kepentingan kewangan atau peribadi dalam keputusan pengantaraan itu.

(8)

Pengantara boleh dibayar suatu fi atau diberi apa-apa balasan lain sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak.

Penamatan pelantikan pengantara