Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
hendaklah bagi tahun taksiran 2013 dipotong mengikut subseksyen 43(2) akta ibu terhadap agregat pendapatan statutori orang itu daripada punca yang terdiri daripada suatu perniagaan; atau
Undang-Undang Malaysia 28
(b)
jika tiada agregat pendapatan statutori daripada punca itu yang terdiri daripada suatu perniagaan bagi tahun taksiran 2013, amaun itu hendaklah dipotong terhadap pendapatan larasan orang itu daripada punca yang selain punca yang terdiri daripada perniagaan bagi tahun taksiran 2013 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga amaun itu dipotong sepenuhnya.
(2)
amaun elaun berkenaan dengan faedah daripada satu punca yang terdiri daripada suatu perniagaan yang belum dibuat kepada seseorang bagi tahun taksiran 2012 seperti yang ditentukan di bawah perenggan 75 Jadual 3 akta ibu sebelum berkuatkuasanya seksyen 5 dan 10 akta ini—
(a)
hendaklah bagi tahun taksiran 2013 dibuat kepada orang itu bagi maksud Jadual itu dan seksyen 42 akta ibu daripada mana-mana punca yang terdiri daripada perniagaan orang itu; atau
(b)
jika orang itu tidak mempunyai punca yang terdiri daripada perniagaan bagi tahun taksiran 2013, amaun elaun itu hendaklah dipotong terhadap pendapatan larasan orang itu daripada punca yang selain perniagaan bagi tahun taksiran 2013 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga amaun itu dipotong sepenuhnya.