Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Seksyen 13 akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Seseorang yang melupuskan suatu aset yang boleh dikenakan cukai dan dikehendaki untuk membuat penyata di bawah seksyen ini boleh mengemukakan kepada ketua Pengarah
Undang-Undang Malaysia 36
bersama-sama dengan penyata itu suatu pemberitahuan dalam borang yang ditetapkan bahawa pelupusan itu tidak tertakluk kepada cukai atau dikecualikan daripada pembayaran cukai di bawah akta ini.
(7)
Bagi maksud seksyen 21b, pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah diserahkan kepada pemeroleh dalam tempoh enam puluh hari daripada tarikh pelupusan.”.
Pindaan seksyen 14