Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Pindaan Jadual 1
(a)
dengan memasukkan selepas subperenggan 5(1) subperenggan yang berikut:
“(1a) Walau apa pun yang berlawanan dengan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah suatu syarikat semasa tempoh yang cukai atau hutang adalah bertanggungan untuk dibayar oleh syarikat itu hendaklah bertanggungjawab secara bersama dan berasingan bagi cukai atau hutang yang genap masa dan kena dibayar dan hendaklah didapatkan di bawah seksyen 23
daripada pengarah itu.”;
Undang-Undang Malaysia 38
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan 5(3) subperenggan yang berikut:
“(4) Bagi maksud subperenggan (1a), “pengarah” ertinya mana-mana orang yang—
(a)
memegang jawatan pengarah (dengan apa-apa nama tersebut), termasuklah mana-mana orang yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan syarikat itu; dan
(b)
merupakan, sama ada dengan sendirinya atau dengan seorang atau lebih sekutu, tuan punya bagi, atau mampu secara langsung atau melalui perantaraan syarikat lain atau dengan cara tidak langsung lain mengawal, lebih daripada lima puluh peratus modal saham biasa bagi syarikat itu.
(5)
Bagi maksud subsubperenggan (4)(b), “sekutu” ertinya, berhubung dengan seseorang—
(a)
yang dalam mana-mana hubungan yang berikut dengan orang itu, iaitu suami atau isteri, ibu bapa atau leluhur jauh, anak atau zuriat jauh, adik beradik lelaki, adik beradik perempuan dan pasangan;
(b)
pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi suatu penyelesaian yang hubungan kepada orang itu adalah, atau mana-mana saudara seumpamanya (hidup atau mati) seperti yang disebut dalam perenggan (a)
takrif ini telah atau merupakan, seorang penyelesai;
(c)
jika orang itu berkepentingan dalam mana-mana syer atau tanggungan bagi suatu syarikat yang tertakluk kepada mana-mana amanah atau bahagian harta pusaka si mati, mana-mana orang berkepentingan yang lain di dalamnya.”;
dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan 5 perenggan yang berikut:
“5a. (1) Pegawai pematuhan yang dilantik di kalangan rakan kongsi bagi perkongsian liabiliti terhad atau jika tiada pegawai pematuhan seperti itu dilantik, oleh mana-mana rakan kongsi, hendaklah secara bersama dan berasingan boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai yang kena dibayar oleh perkongsian liabiliti terhad di bawah akta ini.
(2)
Subperenggan 5(2) dan (3) hendaklah terpakai dengan ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana perlu di bawah perenggan ini.
Kewangan 39
(3)
Dalam perenggan ini, “pegawai pematuhan” hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya oleh seksyen 27 akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.”.
Pindaan Jadual 4