Malaysia legislation

Section 64

of AKTA KEWANGAN 2013

Seksyen 64

Jadual 4 akta ibu dipinda dalam perenggan 2—

(a)

dengan menggantikan perkataan “yang bukannya atau telah tidak menjadi sebahagian daripada aset yang lebih besar yang boleh dikenakan cukai pada masa pelupusan itu:”

dengan perkataan “atau jika aset yang boleh dikenakan cukai itu secara sebahagian dilupuskan, amaun yang akan dibenarkan berkenaan dengan pelupusan itu hendaklah ditentukan menurut formula yang berikut:

a x c

B iaitu a ialah bahagian aset yang boleh dikenakan cukai yang dilupuskan;

B ialah jumlah aset yang boleh dikenakan cukai;

c ialah sepuluh ribu atau sepuluh peratus keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang mana lebih tinggi.”; dan

(b)

dengan memotong proviso.