Malaysia legislation

Section 101

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 101

(a)

dibuat menurut suatu tuntutan kepada Tribunal dalam penjalanan apa-apa prosiding Tribunal; dan

(b)

bersampingan dengan objek utama prosiding itu, dan termasuklah apa-apa arahan tentang penjalanan prosiding itu, tetapi tidak termasuk apa-apa perintah separa atau interim yang membuat suatu penentuan muktamad berkenaan dengan prosiding itu;

“pihak” ertinya pihak yang menuntut atau responden dan termasuklah mana-mana orang yang digabungkan sebagai pihak ketiga;

“pihak yang menuntut” ertinya seseorang yang memulakan suatu prosiding di hadapan Tribunal supaya sesuatu perkara diuruskan oleh Tribunal;

“responden” ertinya seseorang yang terhadapnya sesuatu prosiding dimulakan oleh pihak yang menuntut;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Tribunal Pengurusan Strata yang dilantik di bawah perenggan 104(1)(a);

“tuntutan” ertinya suatu prosiding di hadapan Tribunal antara pihak yang menuntut dengan responden.

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, apabila suatu peruntukan Bahagian ini menyebut mengenai suatu tuntutan, ia juga boleh terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu menyebut mengenai suatu pembelaan, ia boleh juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.

Penubuhan dan organisasi

Penubuhan Tribunal