Malaysia legislation

Section 109

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 109

Persidangan Tribunal

(a)

Pengerusi;

(b)

Timbalan Pengerusi; atau

(c)

mana-mana anggota Tribunal yang ditentukan oleh

Pengerusi.

(2)

Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(3)

Jika anggota yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu tuntutan meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, tuntutan itu hendaklah didengar semula oleh seorang anggota Tribunal yang lain, melainkan jika pihak-pihak bersetuju bahawa tuntutan itu diteruskan oleh seorang anggota Tribunal yang lain.

(4)

Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 103(1)(b) tamat semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga pelupusan muktamad tuntutan itu.

Pengurusan Strata 121

Hak untuk hadir pada pendengaran