Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 10

(a)

jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(b)

jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum Caj dipungut daripada pembeli bagi mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu.

(2)

Setiap akaun penyenggaraan hendaklah dikendalikan dan disenggarakan oleh pemaju sehingga habis tempoh pengurusan pemaju.

(3)

Pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam akaun penyenggaraan—

(a)

Caj yang diterima oleh pemaju daripada pembeli di dalam kawasan pemajuan; dan

(b)

Caj yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan itu yang belum dijual,

Pengurusan Strata 29

dan semua wang itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu.

(4)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, semua wang dalam akaun penyenggaraan hendaklah—

(a)

tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju;

(b)

dipegang dalam amanah bagi pembeli; dan

(c)

hanya digunakan oleh pemaju semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

(i)

menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari;

(ii)

membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan;

(iii)

membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini;

(iv)

mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974;

(v)

kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama;

(vi)

menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik bagi harta bersama dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

(vii)

menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

(viii)

membayar sewa dan kadar, jika ada;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 757

(ix)

membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini;

(x)

membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;

(xi)

membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI;

(xii)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh pemaju dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau

(xiii)

membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

(5)

Sekiranya—

(a)

pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau perintah penghukuman yang dibuat terhadapnya; atau

(b)

pemaju, sebagai suatu syarikat, dilikuidasikan secara sukarela atau wajib, wang dalam akaun penyenggaraan hendaklah terletak hak pada pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang baginya wang dalam akaun penyenggaraan itu dibenarkan untuk digunakan di bawah Akta ini.

(6)

Apa-apa wang yang masih berada dalam akaun penyenggaraan, selepas semua pembayaran telah dibuat dengan sepatutnya di bawah

Akta ini, hendaklah dipegang oleh pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah dipindahkan ke dalam akaun penyenggaraan atas nama badan pengurusan bersama.

Pengurusan Strata 31

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1),

(2)

, (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas