Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
Rundingan penyelesaian
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat sesuatu penilaian, Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, berkemungkinan akan menjejaskan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui.
(3)
Jika pihak-pihak itu mencapai penyelesaian yang dipersetujui,
Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian itu, dan penyelesaian itu hendaklah kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu ialah award Tribunal.
(4)
Jika—
(a)
ternyata kepada Tribunal bahawa adalah tidak sesuai untuknya membantu pihak-pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan perkara itu; atau
(b)
pihak-pihak itu tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan perkara itu,
Tribunal hendaklah meneruskan untuk menentukan tuntutan itu.
Layanan sama rata kepada pihak-pihak