Malaysia legislation
Section 114
Seksyen 114
Penentuan kaedah-kaedah dan tatacara
(2)
Kuasa yang diberikan pada Tribunal di bawah subseksyen (1)
hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
untuk menentukan bila dan di mana mana-mana bahagian prosiding akan diadakan;
Pengurusan Strata 123
(b)
untuk menentukan bahasa atau bahasa-bahasa yang akan digunakan dalam prosiding dan sama ada terjemahan apa-apa dokumen yang relevan akan dibekalkan;
(c)
untuk membuat perintah interlokutori;
(d)
untuk menentukan kerelevanan, kebolehterimaan dan berat apa-apa keterangan tanpa terikat dengan kaedah-kaedah keterangan di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
(e)
untuk menggunakan pengetahuan dan kepakarannya sendiri;
(f)
untuk memerintahkan pemberian butir-butir lanjut dalam suatu pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan;
(g)
untuk memerintahkan pemberian jaminan bagi kos;
(h)
untuk membuat suatu pemeriksaan di tapak sesuatu bangunan atau tanah yang membentuk hal perkara tuntutan;
(i)
untuk memerintahkan sampel diambil dari, atau apa-apa pemerhatian dibuat atau eksperimen dijalankan pada, mana-mana petak atau harta bersama atau harta bersama terhad yang merupakan atau membentuk sebahagian daripada hal perkara tuntutan;
(j)
untuk memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen atau bahan dalam milikan atau kuasa sesuatu pihak;
(k)
untuk memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim apa-apa keterangan bagi maksud prosiding;
(l)
untuk memerintahkan interogatori supaya dijawab;
(m)
untuk memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan bersumpah atau berikrar; dan
(n)
untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya.
(3)
Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah perenggan (2)(n)
hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 757
Pendengaran