Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Seksyen 11

(a)

jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(b)

jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum caruman kepada kumpulan wang penjelas dipungut daripada pembeli bagi mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu.

(2)

Setiap akaun kumpulan wang penjelas hendaklah dikendalikan dan disenggarakan oleh pemaju sehingga habis tempoh pengurusan pemaju.

(3)

Pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas—

(a)

caruman kepada kumpulan wang penjelas yang diterima oleh pemaju daripada pembeli di dalam kawasan pemajuan;

dan

(b)

caruman kepada kumpulan wang penjelas yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual oleh pemaju itu, dan semua wang itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 757

(4)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, semua wang dalam akaun kumpulan wang penjelas hendaklah—

(a)

tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju;

(b)

dipegang dalam amanah bagi pembeli; dan

(c)

digunakan oleh pemaju semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:

(i)

pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama;

(ii)

pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung dengan harta bersama; atau

(iii)

pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat di dalam mana-mana harta bersama.

(5)

Sekiranya—

(a)

pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau perintah penghukuman yang dibuat terhadapnya; atau

(b)

pemaju itu, sebagai suatu syarikat, dilikuidasikan secara sukarela atau wajib, wang dalam akaun kumpulan wang penjelas hendaklah terletak hak pada pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang baginya wang dalam akaun kumpulan wang penjelas itu dibenarkan untuk digunakan di bawah Akta ini.

(6)

Apa-apa wang yang masih berada dalam akaun kumpulan wang penjelas, selepas semua pembayaran telah dibuat dengan sepatutnya di bawah Akta ini, hendaklah dipegang oleh pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah dipindahkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas atas nama badan pengurusan bersama.

Pengurusan Strata 33

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1),

(2)

, (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembeli dan pemaju hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas

Section 11 — STRATA MANAGEMENT ACT 2013 | mylaw.my