Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
(2)
Jika terdapat ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh—
(a)
mengembalikan award kepada Tribunal, secara keseluruhan atau sebahagian, bagi pertimbangan semula; atau
(b)
mengetepikan award secara keseluruhan atau sebahagian.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “ketidakteraturan yang serius”
ertinya suatu ketidakteraturan mengenai satu atau lebih jenis yang berikut yang mahkamah berpendapat telah menyebabkan ketidakadilan yang substansial kepada pemohon:
(a)
kegagalan Tribunal untuk mematuhi seksyen 113;
(b)
kegagalan Tribunal untuk menangani semua isu yang berkaitan yang dikemukakan kepadanya; atau
(c)
ketidaktentuan atau ketaksaan mengenai kesan award itu.
Pelupusan dokumen, dsb.